Tuesday, September 6, 2011

Salam Aidil Fitri Buat Semua

Assalamualaikum semua,
  Alhamdulillah, Allah panjangkan umur kita semua untuk menunaikan ibadah puasa tahun ini, dan bersama bergembira untuk menyambut kemenangan ini di bulan Syawal... Tapi apapun, tanggungjawap kita sebagai hamba Allah tetap perlu diteruskan, dan bertambah baik drpd bulan Ramadan yg lepas...

  Dah lama saya x update blog, kerana ada 1 peristiwa yg telah berlaku di bulan Ramadan yg lalu... kami diduga Allah, bilamana rumah kami telah dimasuki orang; lappie, handphone suami dan handbag saya telah diambil orang.. Lebih mengecutkan perut, kerana pada waktu itu, kami semua tidur di tingkat bwh dan semua barangan yg diambil itu terletak bersebelahan dgn suami saya, dan kami hanya menyedari kejadian itu setelah siap bersahur... Mulanya kami tertanya2, apsal la kami blh tak terjaga disaat itu, but on the second thought, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.. Buatnya kami terbangun diwaktu itu,adalah berkemungkinan besar, nyawa kami didalam bahaya, kerana kami yakin mereka bersenjata... Alhamdulillah jugak kerana Allah melindungi kami dan hanya 3 barangan itu jer yg hilang... Ini juga mungkin peringatan Allah utk kami, kerana 'kelalaian' kami...

So dengan tiadanya lappie, tinggallah blog ini bersawang...hehhehe... FB pun log in guna hp, tu pun utk tgk kalau2 ada req dari customers... Ni pun belum berganti lappienya, tapi Alhamdulillah ada hamba Allah yg sudi meminjamkan netbooknya kepada kami...

   Apapun, sebelum mengundurkan diri utk post kali ni, saya harap belum cukup terlambat buat saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI... Maafkan segala kekurangan yg ada, kalau yg terasa hati ngan posting saya ker, atau utk customers saya terkurang layan ker, terkasar bahasa, terlambat respon ker, dan terima kasih diatas segala feedback yg positif, kata2 semangat, tips, ingatan, dan persahabatan.... Semoga kita semua akan menjadi hamba Allah yg lebih baik...

Dari kami sekeluarga

Love & Regards

3 comments:

  1. wahhh in red raya tahun ni yerr..
    Sselamat Hari Raya to u too

    ReplyDelete
  2. ha'ah, tahun ni tema merah chili.... Alhamdulillah sempat siap jugak di pagi raya...heheheh... Yg kelakarnya since baju 3Fs pun kosong, dan size baju fasha dan Filza hmpr sama,so nak differenciate kan letak la embelishment kecik fr felt, sekali yg faiqa punya tersilap letak kat bhgn belakang....huhuhu

    ReplyDelete