Wednesday, September 14, 2011

Bila Boleh Habis Ni?

Disebabkan keboringan masa raya kat Muar hari tu, suami pun busy dengan aktiviti bertukang rumah pusakanya, dan berserta 'green light' dari dia untuk pergi kemana saja (tapi kena drive sendiri), saya telah berjaya sampai ke satu kedai yg di'canang'kan oleh rakan2 menjahit yang lain, yg menjual benang secara bundle... So inilah hasilnya....
Agak-agak, bila boleh habis semua benang ni?
Yang dalam gulung besar tu, satu bundle hanyalah RM15, ada lebih dari 100 gulung benang, walaupun ada benang yg banyak, ada yang sikit (tapi lebih panjang dari gulungan yg kecik tu), tapi puas hati sebab ada banyak dan dalam pelbagai warna. Yang gulungan kecik tu, gulungan ni ada cukup panjang meternya, dijual dgn harga RM35 sebundle, juga pelbagai kaler, ada dekat 100 gulungan... Yang berdiri elok berbaris tu lak adalah benang jahit tepi,kira ikut timbang kilo, dan dalam bekas tu adalah butang.... Tu pun x ambik zip sekali, dok angkat letak, angkat letak, last-last terus lupa...Emm...agak-agak, bila boleh habis benang tu semua yek?

Love & Regards

5 comments:

  1. kak bie...agak2 lambat lg nak habis, meh tolak kat wani sikit....hehe

    selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  2. hahaha...boleh boleh...meh la....selamat hari raya jugak.....

    ReplyDelete
  3. uish... geram nyer tengok warna warni nih...terliur betul !!

    ReplyDelete
  4. first time dengar beli benang pakai timbak kilo..

    ReplyDelete