Tuesday, March 1, 2011

Handphone Wallet

Saya ni jenis tak suka bawak wallet/purse dan yg seangkatan dengannya kalau pergi kedai, especially kedai-kedai yang dekat dengan rumah. Tapi malas jugak kalau nak pegang segala duit, handphone, dan kunci kereta dalam tangan.. Lagipun rasa macam leceh la, nak-nak kalau anak saya yang kecik tu ikut, nak kena dukung dia lagi sambil bawak benda alah tu semua.....Ish, sumer malas, apa yang rajin?...hehehhehe..

So selalunya kalau nak pergi kedai, saya akan pakai seluar yang ada poket, so duit boleh masukkan je dalam poket beserta handphone dan kunci kereta sekali.. Kalau seluar yang ada poket kiri kanan ok la, sebab 1 poket boleh letak kunci dengan handphone, 1 lagi duit. Tapi kekadang 'tercampur' jugak. So bila nak ambik duit tu kenalah keluarkan segala reta karun kat dalam poket tu... Dan quite recently and for few times jugakla, duit saya 'gone missing'... Kalau singgit dua, ok jugakla, ni not RM50...huhuhu... Mungkin gara-gara seluk punya seluk, tak pun masa nak keluarkan kunci kereta tak perasan yang duit pun terkeluar sama, dan tercicir.... Tak pasal-pasal kena bebel ngan DH....huhuhu

So ish, tak boleh jadi ni... so perah otak camna nak create satu wallet yang tak payah nak pegang tapi boleh hold duit, handphone dengan kunci kereta sekali. Pikir punya pikir, so saya buatlah Handphone Wallet ni....

Nampak macam normal wallet jer

Kat dalam, boleh isi kad, duit note, duit syiling dan handphone
Hasilnya takdela perfect sangat, tapi bolehla untuk saya guna  buat sementara ni, sementara saya nak carik fabrik yang cun untuk buat ni.... Kat dalam ni boleh isi kad, zippered compartment untuk syiling, slot untuk duit kertas, dan tempat letak handphone...

Tempat handphone tu pulak, saya ada letak 'puller' (yg tali hitam tu). Fungsi 'puller' ni adalah untuk 'menarik' keluar handphone tu dengan mudah. Sebab kalau handphone kecik cam saya punya tu memang akan tenggelam kat dalam slot tu, so kalau letak puller tu senangla kalau nak tarik ia keluar....

Lepas ni senang la skit nak pergi kedai, dah ada wallet ni, tapi tak tahula pulak, kalau anak dara yang sorang tu balik, dia claim hak milik lagi......

9 comments:

  1. good idea ler bieha... at least hp tak bercampur aduk ngan duit.. saya ni selalu guna wristlet jer... habih bercampur segala benda dlm tuh..

    ReplyDelete
  2. tu la memula nak buat wrislet jer, senang, tp tu la jd cam poket jugak bercampur aduk...hehehe...

    ReplyDelete
  3. salam..akak, btlaa tutorial wallet ni..sy berminatlaa..tq

    ReplyDelete
  4. Nak buat tutorial tu boleh tapi x th bila, lagipun susah ngak xde org nak tolong ambik gambar...hehehhe... kekadang dah siap buat baru teringat nak buat tutorial... I'Allah someday saya akan buatkan...

    ReplyDelete
  5. Tq kak··sy sukalah tgk blog akak··kreatif··kalau akak bt purse atau ape2 jelaa btlaa tutorial··kalau akak bt buku untuk tutorial semua ni sy nk beli tau··

    ReplyDelete
  6. Tgh duk mencari smart wallet cmni..tula..malas nk bawak handbeg

    ReplyDelete
  7. Tgh duk mencari smart wallet cmni..tula..malas nk bawak handbeg

    ReplyDelete
  8. Tgh duk mencari smart wallet cmni..tula..malas nk bawak handbeg

    ReplyDelete