Showing posts with label Handphone Pouch. Show all posts
Showing posts with label Handphone Pouch. Show all posts

Wednesday, August 17, 2016

Handphone Wallet- The Upgraded Version

I guess this is the first entry for this year.. Dah laamaa sangat tnggal dunia blogging ni. tetiba rasa rindu laks...kekekeke

Anyway, saja nak citer... Bulan Ramadhan hari tu terpk nak buat simple pouch utk duit raya, even ada yg share camana nak buat, punyalah bersemanagat nak buat jugak, tapi xder rezeki sebab, abah kat kg jatuh sakit. So abang balik kg, jemput abah datang ke sini, dan berkampungla kami kat KPJ kajang for few days b4 dia berkampung kat my house.. So banyak kerja2 jahit (banyaklah sangat) yg tertunggak.. Nasib baik baju raya siap jahit...

Since dah lepas raya kan, so mood nak jahit pouch utk duit raya tu nak hilang la, tiba2 teringat nak buatkan wallet utk hp ni... teringat la my first hp wallet yg pernah buat 6 tahun yg lepas... Tak sanggup eden nak letak sini, buruk giler rasanya, so kalau terasa nak tgk jugak, korang klik jelah kat link tu...Tapi apapun itulah kenangan pahit manis dan pelbagai rasa yg saya ada, One of my first products diawal pembabitan dalam bidang handmades... Takde specific pattern pakai main hentam kromo jer.... Sadly, until recently baru tergerak hati nak redo balik, sebabnya seriau skit tag ketebalan esp kat card slots... Tapi tulah ramai benau rakan-rakan handmades yg membakar hati dan perasaan dengan menunjukkan gmbr2 products mereka dan tak lupa utk memberi semangat, then slowly cuba jugak buat balik satu.

Memang slowly betul la progressnya, and finally berjaya jugak menghasilkan prototype the upgraded version, tapi still ada 1 2 tempat yg nak kena betulkan, but overall puas hati la jugak.. Again still no specific pattern, pakai main agak-agak jer sesambil mengaplikasikan sedikit ilmu yg ada.

And finally...tadaaaaa....

 Xde la cun sangat, tapi at least beter then the last one la...kan..kan..kan

Insyaallah will make the readystock soon and please pray with me that I'll come out with more soon..

Thanks all kerana sudi membaca.... Muah ciket.

Tuesday, March 1, 2011

Handphone Wallet

Saya ni jenis tak suka bawak wallet/purse dan yg seangkatan dengannya kalau pergi kedai, especially kedai-kedai yang dekat dengan rumah. Tapi malas jugak kalau nak pegang segala duit, handphone, dan kunci kereta dalam tangan.. Lagipun rasa macam leceh la, nak-nak kalau anak saya yang kecik tu ikut, nak kena dukung dia lagi sambil bawak benda alah tu semua.....Ish, sumer malas, apa yang rajin?...hehehhehe..

So selalunya kalau nak pergi kedai, saya akan pakai seluar yang ada poket, so duit boleh masukkan je dalam poket beserta handphone dan kunci kereta sekali.. Kalau seluar yang ada poket kiri kanan ok la, sebab 1 poket boleh letak kunci dengan handphone, 1 lagi duit. Tapi kekadang 'tercampur' jugak. So bila nak ambik duit tu kenalah keluarkan segala reta karun kat dalam poket tu... Dan quite recently and for few times jugakla, duit saya 'gone missing'... Kalau singgit dua, ok jugakla, ni not RM50...huhuhu... Mungkin gara-gara seluk punya seluk, tak pun masa nak keluarkan kunci kereta tak perasan yang duit pun terkeluar sama, dan tercicir.... Tak pasal-pasal kena bebel ngan DH....huhuhu

So ish, tak boleh jadi ni... so perah otak camna nak create satu wallet yang tak payah nak pegang tapi boleh hold duit, handphone dengan kunci kereta sekali. Pikir punya pikir, so saya buatlah Handphone Wallet ni....

Nampak macam normal wallet jer

Kat dalam, boleh isi kad, duit note, duit syiling dan handphone
Hasilnya takdela perfect sangat, tapi bolehla untuk saya guna  buat sementara ni, sementara saya nak carik fabrik yang cun untuk buat ni.... Kat dalam ni boleh isi kad, zippered compartment untuk syiling, slot untuk duit kertas, dan tempat letak handphone...

Tempat handphone tu pulak, saya ada letak 'puller' (yg tali hitam tu). Fungsi 'puller' ni adalah untuk 'menarik' keluar handphone tu dengan mudah. Sebab kalau handphone kecik cam saya punya tu memang akan tenggelam kat dalam slot tu, so kalau letak puller tu senangla kalau nak tarik ia keluar....

Lepas ni senang la skit nak pergi kedai, dah ada wallet ni, tapi tak tahula pulak, kalau anak dara yang sorang tu balik, dia claim hak milik lagi......