T & C

~ SILA BACA DAN FAHAMKAN SEGALA TERMA DAN SYARAT DI BAWAH SEBELUM BERURUSNIAGA.
~ PIHAK SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAP DI ATAS SEGALA MASALAH YANG TIMBUL AKIBAT KEGAGALAN UNTUK MEMATUHI SYARAT YANG DIKENAKAN


UNTUK BARANGAN ‘PRE-ORDER’, ‘BOOKING DAN UNTUK TEMPAHAN
~ Sekurang-kurangnya 50% deposit diperlukan untuk semua barangan ‘pre-order’, ‘booking’ dan tempahan
~ Deposit ini TIDAK akan dipulangkan sekiranya ‘pre-order’, ‘booking’ dan tempahan dibatalkan diatas apa sebab sekalipun.
~ Pelanggan juga TIDAK dibenarkan menukar barangan yg telah di ‘pre-order’, ‘booking’ dan tempahan kepada bentuk, corak dan warna yang lain TANPA persetujuan pihak saya.
 
BUTIRAN BANK DAN JUMLAH PEMBAYARAN
~ Pihak saya hanya akan memberikan butiran akaun kepada yang betul-betul berminat untuk membuat belian.
~ Pelanggan hendaklah memasukkan jumlah RM yang tepat ke dalam akaun sepertimana yang dipersetujui.
~ Pihak saya TIDAK akan mengepos barangan sekiranya jumlah RM yang dimasukkan adalah kurang dari jumlah yang diberikan.
~ Sekiranya pelanggan memasukkan duit melebihi jumlah yang ditentukan, pihak saya BERHAK untuk TIDAK memulangkan baki tersebut.
~ Sekiranya pelanggan membuat bayaran melalui mesin deposit tunai, pelanggan hendaklah membuat bayaran kepada jumlah puluh yang terdekat, dan bakinya akan diposkan bersama barangan. Contoh: Jumlah sebenar RM34, pelanggan hendaklah membuat bayaran sebanyak RM40, manakala baki sebanyak RM6 akan diposkan bersama barangan.
~ Pihak saya TIDAK akan melayan sebarang permintaan untuk membuat bayaran ke atas bank akaun milik orang lain, sekiranya perlu pihak saya hanya akan membuat ‘bank transfer’ ke dalam akaun Maybank di atas nama pelanggan sahaja.
 
ALAMAT DAN BUTIRAN PELANGGAN
~ Sila pastikan segala maklumat yang diperlukan adalah lengkap dan betul.
~ Pelanggan hendaklah memastikan mereka/wakil berada di alamat yang diberikan sewaktu penghantaran dilakukan.
~ Pihak saya TIDAK akan bertanggungjawap di atas segala kelewatan, kehilangan barang, atau apa-apa kos tambahan yang terlibat sekiranya serahan tidak dapat dilakukan.
 
KOS PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN
~ Segala kos pembungkusan dan penghantaran adalah ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan, kecuali dinyatakan sebaliknya.
~ Kos yang dikenakan bukan berdasarkan kos pos sahaja, tapi segala kos yang terlibat dalam urusan penghantaran, tapi pada kadar yang paling minima dan difikirkan munasabah.
~ Bagi barangan yg kurang dari 5kg dan volumetric yang kecil, jadi pihak saya akan menggunakan khidmat pos laju atau pos register, yang mana pelanggan inginkan, bagi barangan yang berat dan besar, saya akan menggunakan khidmat kurier CITY LINK.