Pertama sekali, saya rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa dan semoga kita semua memperolehi keberkatan di bulan yang mulia ini...
Entry saya kali ni bukan pasal jahitan, tapi sedikit sebanyak 'peringatan' untuk diri saya dan mana tahu blh dimanfaatkan oleh pembaca sekelian...
Saya tahu, there are few blogs out there, yg suka merapu meraban tulis apa yg dia nak tanpa mempedulikan sensitiviti orang lain.. Siap bagi 'peringatan' lagi yg itu blog diaorang, so suka hati diaorang la nak tulis apa, so kalau x suka x yah baca, org lain nak cakap apa pun cakapla diaorang x kesah.....
Well for me, memang setiap org ada hak nak cakap apa yg diaorang nak tapi senstiviti tetap kita kena jaga.. Hati dan perasaan org lain pun tetap kena jaga, bukan suka suki jer 'tembak' walaupun apa yg kita cakap tu ada kebenarannya...
Seperti contohnya, kita menyampah tgk org yg suka berfesyen tak kena tempat, atau rupa paras muka... Nak tegur tu tegurla, tapi perlu ke kita buat perbandingan yg mengaibkan org sedangkan org tu xde kena mengena pun ngan isu tersebut... Contoh : Aku tak kisah kalau kau nak pakai pakaian gitu, kalau kau cantik mcm Rozita Che Wan tapi kalau ghupa macam ^%$&**, layak ke kau pakai? Kenapa kita kena mention nama ^&$** tu untuk bandingkan betapa buruknya org tu? Apa salah org yg namanya x pasal2 disebut itu? Kalau betul dia buruk sekalipun, itu bukan pilihannya, kerana kita semua ciptaan Allah... Apa perasaan kita kalau org lain yg make fun of us, sedangkan org tu x de kena mengena pun ngan kita. Kita mungkin blh kata org nak kutuk aku pun kutuklah aku x kisah... Tapi ingatlah Allah sentiasa mencatit apa yg kita tulis, cakap, buat....
Ntah la nape tetiba rasa sensitif walaupun xde kena mengena secara langsung ngan saya, tapi saya rasa sedih sesangat bila ada orang menghina org lain x tentu pasal sedangkan org yg dihina itu xde buat apa pun..
from Prof Dr Muhaya - Diam itu menyingkir syaitan. Adab bicara ISlam cari perkataan yang menyeronokkan. Jgn sekali menghina terutama peribadi. BEradab walau bergurau. JAngan menghina sebagaimana kita tidak suka dihina. JAga adab. JAngan amal kutuk mengutuk kononya membawa bahagia. KAlau kita rasa susah nak keluar perkataan baik bererti kurang kebaikan dalam jiwa kita. KEsian orang yang jahat mulutnya. Muflis diakhirat nanti. JAga apa ditulis di facebook begitu di blog...
Love & Regards